Sekapur Sirih
****************************************************
Dengan Nama
Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum
w.t.b. dan Salam Sejahtera...Salam 1 Malaysia.
Beryukur saya ke hadrat Allah S.W.T. Terima Kasih saya atas
kesempatan dan ruang untuk merakamkan ucapan sekapur sireh seulas pinang sempena
pelancaran Blog SK Sungai Telor ini.
Dengan kelahiran Blog ini, rasionalnya dilihat sebagai
pemangkin kepada komunikasi yang pantas dan cepat dalam pemerimaan dan
penyebaran khususnya kepada kominiti sekolah dan komuniti setempat secara amnya
Oleh sebab kita sering terbelenggu kepada penyegeraan
maklumat sama ada daripada segi pemerimaan dan penyebaran, langkah pembinaan blog ini sangat tepat dan dilihat sebagai penyediaan lebuh raya maklumat yang dapat dilandasi secara pantas dan efektif .
Saya sangat berharap agar kelahiran Blog ini dapat
dimanfaatkan secara maksimum oleh warga sekolah dan komuniti setempat sekaligus
memenuhi hasrat dan aspirasi sekolah menjadi sekolah yang cemerlang
Sekalung tahniah diucapkan kepada Jawatan kuasa MBMMBI khususnya dan semua warga Sekolah dan komuniti setempat amnya yang telah
berusaha mencetus gelombang baru, yang saya yakin mampu melakar sejarah
kepantasan pengaliran maklumat secara efektif.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment